Thursday 13 February 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA....

BUTIK ANDAMAN MELAKA..... MENYEDIAKAN PELBAGAI PAKEJ PERKAHWINAN YANG MENARIK UNTUK ANDA BAKAL RAJA SEHARI.





TEMPAHAN BAJU NIKAH ... TEMPAHAN BAJU BERTUNANG ... TEMPAHAN BAJU BERSANDING .. EVENING DRESS ... SEWAAN PAKAIAN
ANDA BOLEH MELAYARI WEB AZHAR ZAINAL DESIGNS UNTUK SEBARANG PERTANYAAN..  




NORIS ANDAMAN MELAKA & AZHAR ZAINAL DESIGN BEKERJASAMA UNTUK MENGHASILKAN SATU PAKEJ YANG MENARIK BUAT ANDA BAKAL RAJA SEHARI


Thursday 29 November 2012

FASHION





Entry kali ni AZ nak kongsi pendapat tentang fashion dari pandangan AZ..

Fashion ni banyak sebenarnya definasi nya... Fashion bukan sekadar cara kita pakai baju... atau baju yang di pakai.. tapi fashion juga adalah cara kita menampilkan diri kita....

Baiklah... AZ kurang berminat mereka yang meletak kan barang barang berjenama sebagai fashion sebenar... Ada jenama G barulah style.... katenyelah... Fashion ni banyak peringkat... Yang dari kelas atasan Fashion nya adalah berbeza,,, kelas sederhana adalah berbeza.. kelas bawahan juga berbeza... Cuma yang membuat AZ tidak gemar bila orang menilai seseorang itu berdasarkan pakaian yang digunakan...

Ingat setiap baju atau pakaian yang dihasilkan adalah Fashion.... Singlet .. shortpants... semua nya terhasil hasil rekaan pereka pakaian terdahulu... sekiranya mereka selesa dengan berpakaian secara simple itu adalah pilihan masing masing.. setiap orang mempunyai cara tersendiri... yang pasti bila kita berfashion kita sendiri harus selesa dengan gaya dan cara kita berpakaian..

Bagi pandangan AZ selagi mana kita selesa dengan cara kita berpakaian.. itulah Fashion sebenar... cuma ingat.. Berfashion mengikut tempat, masa, dan event yang dihadiri....

:-) ♥

Sunday 9 September 2012

TUDUNG ... SELENDANG ..

Dalam buat baju ni.. untuk yang muslimah harus disediakan selendang, tudung, apa apa je lah untuk menutup aurat.... ni adalah Azhar sempat snap selendang / tudung yang azhar dah buat.. tak banyak yang dapat ditunjuk sebab ni je yang azhar ambik gambar... yang lain siap terus diambil tak sempat nak snap snap....





BENTUK BADAN MANUSIA



Setiap manusia mempunyai ciri bentuk badan yang tersendiri dan istimewa. Setiap bentuk badan mempunyai cara-cara pemakaian yang berbeza. Pada asasnya terdapat beberapa jenis pakaian yang sama sesuai dipakai oleh setiap bentuk tubuh seperti baju kurung, baju kurung moden, dan jubah.

Jenis kain juga memberikan peranan untuk membuat si pemakai tampak seperti yang mereka ingin kan.

 TIDAK SEMUA YANG KURUS INGIN MEMAKAI PAKAIAN YANG MENAMPAK KAN MEREKA KURUS DAN TIDAK SEMUA YANG GEMPAL TAKUT  UNTUK MEMAKAI PAKAIAN YANG MENAMPAKKAN TUBUH BADAN

Cara seseorang berpakaian bergantung kepada individu itu sendiri. Walaubagaimanapun terdapat tips tips cara berpakaian yang sesuai bagi setiap individu yang mempunyai tubuh badan yang berbeza sebagai cadangan.

BENTUK (HOURGLASS)
Boleh dikatakan bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh ini adalah bentuk tubuh ideal yang diinginkan kebanyakan wanita/gadis. Mereka yang berbentuk Hourglass mempunyai ukur lilit dada dan pinggul yang sama dan pinggang yang ramping. Bagi tubuh ini, anda mempunyai banyak pilihan cara berpakaian yang  boleh digayakan kerana kebanyakan busana sesuai dengan anda.




BENTUK ( PEAR / SPOON / TRIANGLE)
Bagi anda yang dalam kategori ini, anda perlu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dan ini boleh dilakukan dengan cara memakai warna gelap dibahagian bawah dan terang di bahagian atas. Serta memaki seluar yang lebar bahagian bawah untuk menyeimbangkan bahagian pinggul. Pemilihan warna warna terang di bahagian atas, kolar v adalah amat sesuai.





BENTUK ( CONE / INVERTED TRIANGLE / STRAWBERI )
Bagi anda dalam kategori ini, kebiasaan nya mempunyai ukur lilit dada yang lebih besar dan bahu yang bidang sementara pinggang dan pinggul anda kecil. Pilihan warna gelap pada bahagian atas dan berkolar v adalah bersesuaian bagi anda. Seluar yang mempunyai perincian poket sesuai untuk melebarkan bahagian pinggul, atau a-line skirts juga sesuai untuk mengimbangi bentuk tubuh anda.



BENTUK ( RECTANGLE / STRAIGHT SHAPE )
Kategori ini adalah biasa yang dapat dilihat. Bagi bentuk tubuh ini tidak sukar untuk memilih pakaian kerana banyak pilihan yang boleh dipilih.



BENTUK ( APPLE / OVAL AND DIAMOND / ROUND )
Bagi kategori ini, bahagian pinggang adalah lebih besar daripada bahu dan pinggul. Bentuk ini, anda ingin membuatkan ilusi pinggang yang lebih kecil dan menyeimbangi bahu  dan pinggul. Baju yang polos dengan perincian di bahagian pinggang adalah sesuai. Seluar yang bahagian kakinya lebar dengan sedikit perincian amat sesuai.


diharapkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam penggayaan seharian anda.. :-)

PELAMIN-PELAMIN

Disebabkan saya kurang mempromosikan pelamin saya sendiri disebabkan saya agaksibuk dengan tempahan pakaian.. Maka hasil dekorasi pelamin bagi butik sy sendiri tidak banyak. Saya banyak mengambil upah untuk memasangkan pelamin untuk butik butik andaman sahaja.. 

Kini saya akan memulakan semula pakej lengkap perkahwinan iaitu (Pelamin, Makeup Pengantin, Busana Pengantin, Hiasan Bilik) Pelamin juga adalah termasuk Pelamin berendoi/ Pelamin buai untuk bercukur jambul.

Saya tidak boleh menunjuk kan hasil hasil kerja sy yang lain kerana belum mendapat kebenaran dari Owner butik.. Tetapi ini adalah beberapa pelamin yang sy pasang sewaktu memulakan perniagaan andaman ini...








Wednesday 5 September 2012

PHOTOSHOOT BAJU PENGANTIN

4 hasil rekaan Azhar Zainal..










DIGITAL ART


Design baju untuk Digital Art Project

Photography & Manipulation: Ashikin Abdullah
Model: Tarachin UW
Makeup: Anna Sha
Dress: Azhar Zainal
Hair Style: Aj Cinta Aliah