Setiap manusia mempunyai ciri bentuk badan yang tersendiri dan istimewa. Setiap bentuk badan mempunyai cara-cara pemakaian yang berbeza. Pada asasnya terdapat beberapa jenis pakaian yang sama sesuai dipakai oleh setiap bentuk tubuh seperti baju kurung, baju kurung moden, dan jubah.
Jenis kain juga memberikan peranan untuk membuat si pemakai tampak seperti yang mereka ingin kan.
TIDAK SEMUA YANG KURUS INGIN MEMAKAI PAKAIAN YANG MENAMPAK KAN MEREKA KURUS DAN TIDAK SEMUA YANG GEMPAL TAKUT UNTUK MEMAKAI PAKAIAN YANG MENAMPAKKAN TUBUH BADAN
Cara seseorang berpakaian bergantung kepada individu itu sendiri. Walaubagaimanapun terdapat tips tips cara berpakaian yang sesuai bagi setiap individu yang mempunyai tubuh badan yang berbeza sebagai cadangan.
BENTUK (HOURGLASS)
Boleh dikatakan bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh ini adalah bentuk tubuh ideal yang diinginkan kebanyakan wanita/gadis. Mereka yang berbentuk Hourglass mempunyai ukur lilit dada dan pinggul yang sama dan pinggang yang ramping. Bagi tubuh ini, anda mempunyai banyak pilihan cara berpakaian yang boleh digayakan kerana kebanyakan busana sesuai dengan anda.
BENTUK ( PEAR / SPOON / TRIANGLE)
Bagi anda yang dalam kategori ini, anda perlu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dan ini boleh dilakukan dengan cara memakai warna gelap dibahagian bawah dan terang di bahagian atas. Serta memaki seluar yang lebar bahagian bawah untuk menyeimbangkan bahagian pinggul. Pemilihan warna warna terang di bahagian atas, kolar v adalah amat sesuai.
BENTUK ( CONE / INVERTED TRIANGLE / STRAWBERI )
Bagi anda dalam kategori ini, kebiasaan nya mempunyai ukur lilit dada yang lebih besar dan bahu yang bidang sementara pinggang dan pinggul anda kecil. Pilihan warna gelap pada bahagian atas dan berkolar v adalah bersesuaian bagi anda. Seluar yang mempunyai perincian poket sesuai untuk melebarkan bahagian pinggul, atau a-line skirts juga sesuai untuk mengimbangi bentuk tubuh anda.
BENTUK ( RECTANGLE / STRAIGHT SHAPE )
Kategori ini adalah biasa yang dapat dilihat. Bagi bentuk tubuh ini tidak sukar untuk memilih pakaian kerana banyak pilihan yang boleh dipilih.
BENTUK ( APPLE / OVAL AND DIAMOND / ROUND )
Bagi kategori ini, bahagian pinggang adalah lebih besar daripada bahu dan pinggul. Bentuk ini, anda ingin membuatkan ilusi pinggang yang lebih kecil dan menyeimbangi bahu dan pinggul. Baju yang polos dengan perincian di bahagian pinggang adalah sesuai. Seluar yang bahagian kakinya lebar dengan sedikit perincian amat sesuai.
diharapkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam penggayaan seharian anda.. :-)
No comments:
Post a Comment